Latest Post

Sudah terang lagi bersuluh antara lelaki dan wanita banyak perbezaaan.Malah dalam rumah tangga sendiri,seringkali berlaku perbalahan akibat kurangnya persefahaman.Masing-masing saling menyalahkan malah bersungguh-sungguh menegakkan benang yang basah.Berikut adalah beberapa perkara mengenai isteri yang suami patut fahami.

Isteri Mudah Cemburu

Cemburu tidak salah tetapi biarlah bertempat.Sebab itulah kebanyakkan wanita gemar bersikap cemburu buta.Sebenarnya cemburu ini adalah manifestasi secara tidak sengaja yang tercetus dari rasa kasih sayang dan cinta seorang isteri terhadap suaminya.Mungkin mereka masih kurang yakin dan percaya pada pasangan sekaligus membuatkan perasaan ini semakin mengusai fikiran.Lebih-lebih lagi setelah mengetahui majoriti kakitangan di tempat kerjanya adalah wanita.Pasti pening kepala!

Isteri Kurang Rapat Dengan Mertua

Bukan mudah untuk isteri sesuaikan diri dengan suasana yang baru,lebih-lebih lagi dengan mertua.Tetapi jangan terkejut sekiranya sesetengah mertua juga sukar menerima wanita bernama isteri dalam hidup anak lelakinya.Perpindahan kasih sayang inilah sedikit sebanyak membuatkan hubungan antara isteri dan mertua sedikit renggang.Isteri sebenarnya bimbang dikatakan perampas biarpun hakikatnya dia cuba lakukan yang terbaik untuk suami serta keluarganya.Jadi usah hairanlah jika dia masih takut-takut untuk mewujudkan jalinan yang baik dengan mertua.

[ads-post]

Isteri Gemar Berleter

Sudah pasti pening kepala jika setiap hari tak lepas dari berleter.Sebenarnya ia adalah satu medium yang digunakan bagi melempiaskan sepenuhnya perasaan terhadap suami.Malah kebanyakkan wanita khususnya isteri mengaku terpaksa meneruskan leteran bagi memecahkan tembok keegoaan suami yang sukar menerima teguran,nasihat serta pandangan.Malah lebih teruk lagi apabila sesetengah daripada mereka tidak mampu berdepan hakikat telah melakukan kesalahan.

KEHAMILAN bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri melakukan hubungan seks.

Kebanyakan wanita mengandung takut melakukan hubungan intim bersama suami berikutan bimbang berlaku kontraksi yang tidak diingini, padahal secara tidak langsung aktiviti seks memberi nutrisi bagi pertumbuhan ibu dan bayi.

Boleh dikatakan ramai wanita mengandung terutama yang menunggu kelahiran pertama bimbang melakukan hubungan intim. Oleh kerana malu untuk bertanya dan bimbang untuk percaya sumber maklumat daripada laman web, hubungan mesra pasangan menjadi sedikit pudar dan boleh dikatakan suami agak tidak `bahagia’ dalam tempoh lama walaupun teruja menunggu kelahiran si kecil.

Ada juga keadaan apabila suami yang tidak mahu melakukan hubungan intim dengan isteri yang hamil kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan isteri dan anak yang dikandung. Paling tidak, suami bimbang akan berlaku pendarahan dalaman.

Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil kita tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan.

Hubungan intim tak jejas kehamilan

Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan, kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby.Jika wanita mengandung rasa tidak selesa untuk bersetubuh kerana keadaan pening dan loya, itu tidak mengapa.

“Tiada apa yang akan berlaku kepada janin jika hubungan dilakukan kerana tiada kemungkinan anggota kelamin suami terkena kandungan dan tidak mengganggu kandungan dalam perut,” katanya.

Jelasnya, anggota kelamin dan rahim wanita adalah dua organ yang berbeza kedudukannya walaupun terdapat komunikasi antara organ berkenaan.

Pangkal rahim tebal dan pembukaannya ditutup rapat oleh lendir yang tebal serta tiada kemungkinan untuk bahagian itu terbuka.Beliau berkata, hubungan kelamin tidak menjadi masalah kecuali jika doktor melarangnya.

Larangan itu disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku berikutan keadaan kesihatan.

[ads-post]

Antaranya:

  • apabila keadaan kesihatan wanita itu tidak mengizinkan seperti pendarahan selepas persetubuhan, yang mungkin petanda awal kemungkinan akan berlaku keguguran janin.
  • jika suami menghidap penyakit yang boleh menjangkiti wanita itu, kecuali penyakit itu sudah sembuh,
  • keadaan uri lekat atas atau berdekatan serviks yang boleh mengakibatkan pendarahan jika uri renggang,
  • keadaan pangkal rahim yang renggang (cervical incompetence), yang boleh menyebabkan ia terbuka atau apa apa saja yang boleh memudaratkan kesihatan wanita atau anak dalam kandungan

Tambah Dr Ismail, pada peringkat awal kehamilan, mana mana posisi hubungan intim juga sesuai. Kekerapan hubungan kelamin semakin berkurangan apabila si isteri mula rasa kurang minat melakukannya.“Apabila tahap kehamilan meningkat dan perut pun besar, posisi biasa tidak lagi sesuai.

Posisi tertentu seperti posisi mengiring, posisi isteri di atas atau posisi yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua dua pasangan boleh dilakukan,” katanya.Sebagai nasihat, Dr Ismail berkata, suami perlu tahu sedikit sebanyak mengenai perkara yang tidak diingini, yang boleh berlaku ketika persetubuhan dilakukan ketika isteri sedang hamil.

“Apa pun posisi seks, suami harus pastikan isteri selesa. Jangan meletakkan tekanan atau berat badan pada perut isteri, jangan berlebihan, terlalu kasar atau lupa diri selama hubungan intim berlangsung.“Jika si isteri mengalami masalah pendarahan selepas persetubuhan atau pada bila bila masa, suami perlu akur nasihat doktor,” katanya.

Panduan posisi terbaik untuk wanita hamil

1. Posisi wanita di atas

  • Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil.
  • Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.

2. Posisi wanita menonggeng

  • Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.

3. Posisi duduk.

  • Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan.
  • Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.

4. Posisi berlutut atau berdiri.

5. Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.


  1. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehemdaknya sendiri.
  2. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersikali malu terhadali suaminya, bersolian santun liada setiali lierkataan dan lierbuatan.
  3. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berhias diri bila di hadalian suami dan sebaliknya aliabila ketiadaan suami.
  4. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila dilierlukan.
  5. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesemliurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya.
  6. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya selierti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.
  7. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga auratnya dari liandangan yang bukan mahramnya.
  8. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga liandangan matanya dari lierkara- lierkara yang tidak sihat dan mungkar.
  9. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan keliatuhan keliada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan lierintah syariat.
  10. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan layanan dan kasih saying yang selienuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai temliat yang lialing selamat untuk mendaliat ketenangan dan kebahagiaan.
  11. [ads-post]
  12. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.
  13. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat- sifat yang telah dianugerahkan Allah keliada kaum lelaki.
  14. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara'.
  15. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan liuasa sunat.
  16. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan keliada suaminya.
  17. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menemani suaminya ke muka liintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia liulang.
  18. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
  19. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala lierintah Allah dengan tabah dan sabar.
  20. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakali.
  21. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mamliu untuk menunaikannya.
  22. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menerima liemberian suaminya dengan lienuh kesyukuran dan keikhlasan.
  23. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir.

Dalam kehidupan seks setiap lelaki pasti mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk dikikis.Ia mungkin dilakukan tanpa disedari atau dimaklumi tapi tidak mampu diatasi biarpun sudah dicuba berkali-kali.Sebagai isteri anda haruslah lebih bijak untuk mengatasi masalah sebegini agar hubungan tidak terjejas kerananya.Jangan sekali-sekali lupa bahawa lelaki amat tinggi egonya.Kerana itu dia akan melakukan sesuatu bagi melindungi perasaan ego dan cemburu.Antara tabiat buruk suami anda mungkin di bawah.

Tragedi Seks Cepat

Bayangkan situasi di mana anda terlalu ingin melakukan hubungan kelamin.Pastinya yang didambakan ialah sentuhan,belaian dan pujukan dari pasangan.Di fikiran,terbayangkan satu hubungan yang penuh dengan keseronakan malah berlangsung dalam tempoh yang lama.

Tetapi yang berlaku pula sebaliknya.Seks yang diimpikan hanya sekelip mata,seakan-akan pasangan terlupa akan kehadiran anda di sisinya.Sekiranya ia berlaku maka jangan sekali-sekali anda diamkan.Sebaliknya buat satu perjanjian biarpun ia bukanlah sesuatu yang serius.Katakan kepada pasangan,tiada salahnya untuk melakukan seks dalam masa yang singkat tetapi apabila nada menginginkan 'sesuatu' yang lebih maka suami bertanggungjawab untuk tunaikan permintaan tersebut.Barulah masing-masing 'enjoy' dengan nikmat tersebut.

Suami Jual Mahal

Pastinya hati merasa sakit apabila dakapan dan ciuman anda disambut pasangan dalam keadaan acuh tak acuh.Malu?Susah tentu kerana nada seperti perigi mencari timba.Dalam situasi ini anda harus bijak tanganinya.Sekalipun pasangan bersikap dingin tetapi anda perlu tingkatkan usaha untuk menarik si dia kembali.Kikis emosi yang merosakkan dan berikan kata pujian serta rengekan manja yang mengharapkan si dia untuk berada di pangkuan anda.Percayalah itulah sebenarnya yang ingin suami inginkan dan semestinya selepas itu,dia akan mengusai keadaan.

[ads-post]

Tidak Suka Berbincang

Ketika anda cuba membincangkan satu-satu masalah dengan pasangan , dia seakan cuba mengelak dengan bangun dari tempat duduk atau membuat kerja lain.Paling ketara dia bijak mengambil perhatian dengan menukar topik perbualan atau memanggil anak untuk duduk bersamanya.

Sebagai isteri anda perlu banyak bersabar,jangan cepat melenting dengan kelakuan kebudak-budakkannya.Katakan dengan baik bahawa ingin dibincangkan itu adalah sesutu yang penting dan perlukan fokus sepenuhnya.Lebih baik apabila anda membuat temu janji denganya bagi mendapatkan waktu yang sesuai.Sekalipun dia suami anda tetapi sekali sekala dia gemarkan layanan yang berbeza.Usah cepat putus asa.

Susah Memberi Penghargaan

Anda ketika anda ingin melakukan perkara-perkara romantik seperti menghantar bunga ke pejabatnya atau membeli hadiah sebagai tanda eksperisi cinta.Namun respons yang diterima pula sebaliknya apabila pasangan mengatakan anda terlalu boros dan membeli barang yang tidak digemarinya.

Sedih bukan apabila niat disalah erti tetapi nanti dulu.Jangan terburu-buru menghamburkan rasa marah anda kepadanya.Cuba cari masa yang sesuai dan renungkan dalam-dalam adakah pasangan anda tergolong sebagai individu yang jiwang dan sentimental.Jika tidak baik anda tukar strategi seperti menghidangkan menu kegemarannya yang sudah tentu disukainya.

Wajah Berseri

Tidak dinafikan,kebanyakkan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita.Dikatakan kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut.Dalam masa yang sama,ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan lebat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam digimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik?Sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin.Sebenarnya,ketika anda melakukan seks,anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling berkerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

[ads-post]

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula rasa sengal-sengal badan.Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan.Lazimnya khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini,pasangan adalah 'doktor' yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokkan tanpa gangguan daripada anak-anak.Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.Kenapa?Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung,sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan oleh tubuh.

Malah penulis buku"The Healing Power of Sex" menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler,pengarang buku "Love Cycles", wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Ini kerana,wanita yang mempunyai pusingan haid yang lebih teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya.Jadi dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah megetahui waktu penting tersebut.

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham-faham sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, semak artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN

Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untnk seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

WAKTU SUBUR

Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke 14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa ransangan yang hebat sekalipun isteri akan tetap teransang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah meransang suami untuk berasmara denganya.

Pihak suami tidak perlulah hairan dengan situasi ini atau menganggap isteri buang tebiat kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.

[ads-post]

SELEPAS BERTENGKAR

Seks memang selalu dikatakan penyudah kepada setiap pertengkaran suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yg lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya.

Sentuhan dan belaian suami pada waktu ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Pandai-pandailah suami memujuk isteri pada ketika ini kerana kepandaian anda memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengn penuh kenikmatan buat anda berdua.

TERTEKAN

Memang telah diketahui seks mampu meredakan tekanan baik pada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung, seks mungkin membantu dirinya untuk lebih relaks.

Tetapi harus lihat pada situasinya, sekiranya isteri tidak memberi respon pada ransangan yg diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang diinginkan. Ajak dirinya untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya.

MENERIMA BERITA GEMBIRA

Ini adalah masa yang paling baik untuk seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua akan memberikan mood yang baik buat seorg isteri. Suami mungkin tiada masalah mendampingi isteri ketika ini.

Ajakan untuk melakukan seks pastinya tidak akan ditolak. Buat suami ingatlah tip ini sekiranya anda berkeinginan untuk seks, pastikan anda menggembirakan hati isteri terlebih dahulu.

IMAGINASI

Bukan lelaki sahaja yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imaginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka tidaklah ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang dirinya dilayan cukup romantik dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi buat suami, penuhkanlah fantasi isteri ini, layan dan belailah mereka. Jangan mengharapkan fantasi anda saja dipenuhi!

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.