2009

Cumbuan sebelum seks adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj.

Hendaklah ingat bahawa keinginan seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan titik ghairah iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi titik-titk ghairah (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh antaranya bibir, tengkuk, cuping telinga, buah dada (tetek), leher dan masih banyak lagi, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum seks (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka titik ghairahnya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan zakar (kote) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbuan dahulu. Pertama, lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, keseksian tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Setelah rohaninya terangsang kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercium-ciuman, beraba-rabaan pada bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbuan” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdan Baginda yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan

Ditanya :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’

Maka Baginda bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”

(Hadis riwayat Ad Dailami)

Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan cumbuan (foreplay). Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbuan”.

[ads-post]

Seorang suami haruslah mengetahui titik ghairah wanita, iaitu yang berikut:

  1. Daerah kening
  2. Bahagian pelupuk mata
  3. Hidung
  4. Pipi dan sekitarnya
  5. Bahagian tengkuk
  6. Bahagian leher
  7. Cuping dan belakang telinga
  8. Payudara (tetek) terutamanya puting
  9. Bibir dan lidah
  10. Bahagian dalam mulut
  11. Peha dan sekitarnya
  12. Ketiak
  13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
  14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj
  15. Bahagian tumit

Bahagian-bahagian ini merupakan titik-titik ghairah yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, sama ada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa berahi isteri sehingga klimaks yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbuan (foreplay) yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan seks (mengawan)? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.

Kucing umpamanya, sebelum mengawan terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu dan cumbuan (foreplay), bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.

Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara cumbuan yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap manusia yang bermoral.

Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:

“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”

Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”.

(Hadis riwayat Tirmizi).

Betapa bagusnya andaikata si suami prihatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam keredaan Allah Ta'la.

Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga.

A… HA! Tak tahu! Gangguan tiroid di kalangan jejaka kini dikaitkan dengan pelbagai gejala seksual. Itulah, lelaki liat sangat hendak berjumpa doktor bila jatuh sakit.

Dr. Emmanuele A Jannini dan kawan dari University of L’Aquila, Itali melihat prevalens masalah seksual dengan gangguan tiroid terlampau aktif atau tidak aktif di kalangan 48 pesakit lelaki dewasa, sebelum dan selepas mereka pulih.

Berdasarkan temu ramah dengan 34 lelaki dengan gangguan hipertiroidisme (tiroid aktif), 18 peratus daripada mereka mengalami keinginan seks di bawah normal, ejakulasi tertangguh (tiga peratus), ejakulasi pramatang (50 peratus) dan disfungsi erektil (15 peratus).

Bagaimanapun, setelah diberikan rawatan, kadar ejakulasi pramatang menjunam dari 50 peratus kepada 15 peratus - angka yang sama masalah itu jika dibandingkan dengan jumlah penduduk keseluruhan.

Sementara itu, disfungsi erektil dan ejakulasi tertangguh berjaya diselesaikan dengan rawatan dalam hampir kesemua pesakit berkenaan.

Pengambilan makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.

Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.

Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.

[ads-post]

Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.

Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.

Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.

Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.

Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.

Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.

Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal.

Dr.Ismail Thamby

Seks bukan sahaja bermanfaat kepada kesihatan fizikal suami isteri tetapi lebih penting dari itu, ia menjadi mimpi ngeri kepada beberapa jenis penyakit.

Melakukan hubungan seks dapat membina sistem pertahanan badan manusia yang kuat, membolehkan tubuh seseorang menyerang serta membunuh penyakit-penyakit seperti demam selesema.

Saintis dari Switzerland, Manfred Schedlovski mendapati, jumlah fagosit meningkat dengan ketara semasa melakukan hubungan kelamin. Malah, ia melonjak sekali ganda apabila pasangan mencapai orgasma.

[ads-post]

Fagosit merupakan sel-sel di dalam mekanisme pertahanan tubuh atau sistem imun yang berupaya menelan dan mencerna bakteria, protozoa, sel-sel dan puing sel serta kumin-kumin lain.

Schedlovski tidak bersendirian di dalam penemuan ini. Hasil kajiannya disokong oleh seorang pakar imun dari Amerika Syarikat, Peter Schleicher: “Seks bukan sekadar memulihkan organisma tubuh badan kita tetapi turut mengekalkan sistem imunnya.”

Hubungan seks memiliki sejuta variasi dan fantasi kenikmatan. Bukan hanya sekadar berpelukan serta teknik bagaimana menggomol pasangan semata-mata tetapi, proses berciuman dan menggigit pasangan di kala bercinta pun patut dipelajari. Kitab “Shu Ni Cing” dari Tinokok kuno memberi panduan cara bercium dan menggigit pasangan secara mesra dan penuh sensasi. Ia akan menjadi pembimbing dalam perjalanan anda menuju berahi dan kenikmatan seksual.

Dalam seni bercinta berciuman adalah salah satu kegiatan antara lelaki dan wanita yang sangat digemari. Berciuman juga merupakan satu fasa dalam pemanasan sebelum bersanggama. Berciuman memiliki seni dan caranya sehingga baik bagi pria maupun wanita dapat merasakan kenikmatannya. “Shu Ni Cing” memberi cara berciuman dan gigitan menjadi sepuluh bentuk, iaitu lima bentuk ciuman dan lima bentuk gigitan.

Berikut ini kita semak seni berciuman dan gigitan dari kitab “Shu Ni Cing” yang paling memabukkan dan romantis sebagai salah satu seni bercinta.

Ciuman Sensasi

Menurut “Shu Ni Cing” ini adalah teknik menggoda pasangannya sehingga merasa kenikmatan dan kemudian dilanjutkan dengan ciuman yang lebih bergelora. Caranya wajah sang lelaki mendekati ke wajah pasangannya, kemudian sentuh bibir pasangannya dengan bibir atas sambil mendesah penuh godaan. Setelah bibirnya terbuka kerana rasa ghairah kemudian sentuhkan

hujung lidah pada bibirnya secara perlahan.

Ciuman Keliling

Maksud dari teknik ciuman ini adalah lidah masuk ke dalam rongga mulut pasangan dan di sana menjelajah ke mana-mana sesuka anda. Mula-mula lidah menelusuri langit-langit mulut dan kemudian berputar bersama lidah pasangan.

Ciuman Singa Menari

Ciuman singa menari adalah mencium seluruh bagian tubuh pasangan dengan sentuhan-sentuhan bibir yang romantis. Ciuman ini dimulai dari bibir atas, lalu bibir bawah, leher, belakang telinga, dada perut, daerah antara perut dan kemaluan, selangkangan, kemaluan, betis, paha, dan kaki.

Ciuman Bergema

Teknik ciuman ini dilakukan dengan tambahan suara erangan sehingga menimbulkan nafsu bagi pasangan. Caranya tempelkan bibir pada hujung rahang yang berdekatan dengan telinga, kemudian geserkan bibir menyeberang pada sisi rahang yang lain sambil mengerang. Lalu bibir mendekati telinga kemudian mainkan lidah di atas lubang telinga. Erangan-erangan ini akan

membangkitkan ghairahnya.

[ads-post]

Ciuman Ikan Cupang Beradu

Ciuman ini melibatkan dua lidah yang bersatu di dalam rongga mulut salah satu pasangan. Baik itu di pasangan lelaki ataupun wanita. Lidah yang beradu di rongga mulut itu bagaikan sepasang ikan cupang di dalam sebuah bejana yang saling beradu. Kedua lidah ini berjalin, saling memutar

untuk mendapatkan kepuasan.

Gigitan Batu Giok

Proses gigitan ini tidak perlu melihat sasaran menempelkan giginya. Hanya cukup dekatkan pada bagian paling menggiurkan pada pasangan anda. Gigitlah dengan lembut disertai kecupan dari bibir untuk menambah rangsangan. Bila pasangan Anda menggeliat berarti dia menikmati gigitan itu.

Gigitan Menusuk

Gigitan ini hanya menggunakan dua gigi yang paling depan. Bibir tidak perlu menempel pada kulit. Agar terasa nikmat gigitan tersebut harus dilakukan secara perlahan-lahan, tidak perlu terburu-buru cara melakukannya,yang penting kualiti gigitannya cukup bagus.

Gigitan Gelap

Bentuk gigitan ini tidak dapat ditunjukkan secara teknik. Terserah pasangan menempatkan gigitan yang dikenal gigitan tanpa makna ini. Yang menarik adalah adanya jilatan lidah oleh si penggigit. Agar lebih merangsang, dan sangat menarik untuk dilakukan pada saat mengalami orgasme.

Gigitan Menghisap

Rabalah bahagian payudara dan bahu, kemudian tempelkan bibir lalu keluarkan gigi Anda untuk melakukan gigitan kecil sambil menghisap. Menurut Kitab “Shu Ni Cing”, gigitan ini akan memberi bekas tanda merah di atas tubuh yang baru digigit. Gigitan ini sangat baik digunakan bagi pasangan yang nafsunya menggebu-gebu.

Gigitan Angin malam

Menurut “Shu Ni Cing”, gigitan ini sangat serasi dipakai oleh pasangan yang masih berkasih kasihan. Angin malam yang dimaksud adalah proses gigitan yang tidak menyertakan kegiatan seksual. Caranya tidak harus didahului hubungan badan, cukup mencium lalu gigitlah secara mantap..

Senikmat manapun seks itu, ia akan menjadi sesuatu yang sangat menyebalkan jika dilakukan dengan rutin yang ‘itu-itu saja’. Apatah lagi bagi kaum wanita yang perlu melayani suami.

Sekiranya dihidangkan dengan aksi-aksi yang biasa sudah tentu mood untuk melayani suami akan kurang. Walaupun hasrat masih ada tapi perasaan bosan dengan rutin seks yang biasa boleh menyebabkan acara seks tertunda.

Oleh itu suami haruslah pandai-pandai menjaga suasana, jangan sampai siteri kebosanan untuk melakukan seks. Caranya tak sesukar yang difikirkan sebab kebosanan itu sebenarnya timbul dari hal kecil yang timbul disekitar anda. Semak fakta-fakta yang kerap membuatkan wanita bosan melakukan seks.

1. Tindakan Mudah Dijangka

Bertahun-tahun melayari hidup bersama membolehkan isteri mengenali pasangan secara mendalam. Dia juga mungkin boleh menjangka apa tindakan anda dan ini termasuklah dalam aktiviti seks. Kadangkala sebaik saja berbaring di ranjang, isteri sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh suami. Ini juga boleh jadi masalah. Salah satu alasan mengapa malam pertama itu sangat ‘hot’ adalah anda dan isteri tak pernah tahu apa yang terjadi. Jika anda ingin terus meningkatkan kehangatan hubungan seks dengan pasangan sebaiknya anda menjaga suasana seks tetap segar.

2. Takut Cuba Perkara Baru

Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.

3. Terlalu Kerap

Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.

[ads-post]

4. Lokasi Yang Sama

Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hoel, ruang tamu, kamar mandi, atau di mana sahaja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.

5. Sunyi Tanpa Suara

Seks yang sunyi tanpa suara desahan dari suami mahupun isteri boleh menimbulkan kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama ada persembahan seks yang dilakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik dari berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.

6. Tiada Posisi Baru

Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.

7. Kekasaran

Jika selalunya anda hanya terus ‘menerkam’ isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkahlaku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin dari isteri untuk betcinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.

Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa anda untuk mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburu-buru membuat perubahan, lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi seorang yang spontan dan tak terduga.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.