Articles by "Kehamilan & Keibubapaan"

Showing posts with label Kehamilan & Keibubapaan. Show all posts

KEHAMILAN bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri melakukan hubungan seks.

Kebanyakan wanita mengandung takut melakukan hubungan intim bersama suami berikutan bimbang berlaku kontraksi yang tidak diingini, padahal secara tidak langsung aktiviti seks memberi nutrisi bagi pertumbuhan ibu dan bayi.

Boleh dikatakan ramai wanita mengandung terutama yang menunggu kelahiran pertama bimbang melakukan hubungan intim. Oleh kerana malu untuk bertanya dan bimbang untuk percaya sumber maklumat daripada laman web, hubungan mesra pasangan menjadi sedikit pudar dan boleh dikatakan suami agak tidak `bahagia’ dalam tempoh lama walaupun teruja menunggu kelahiran si kecil.

Ada juga keadaan apabila suami yang tidak mahu melakukan hubungan intim dengan isteri yang hamil kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan isteri dan anak yang dikandung. Paling tidak, suami bimbang akan berlaku pendarahan dalaman.

Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil kita tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan.

Hubungan intim tak jejas kehamilan

Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan, kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby.Jika wanita mengandung rasa tidak selesa untuk bersetubuh kerana keadaan pening dan loya, itu tidak mengapa.

“Tiada apa yang akan berlaku kepada janin jika hubungan dilakukan kerana tiada kemungkinan anggota kelamin suami terkena kandungan dan tidak mengganggu kandungan dalam perut,” katanya.

Jelasnya, anggota kelamin dan rahim wanita adalah dua organ yang berbeza kedudukannya walaupun terdapat komunikasi antara organ berkenaan.

Pangkal rahim tebal dan pembukaannya ditutup rapat oleh lendir yang tebal serta tiada kemungkinan untuk bahagian itu terbuka.Beliau berkata, hubungan kelamin tidak menjadi masalah kecuali jika doktor melarangnya.

Larangan itu disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku berikutan keadaan kesihatan.

[ads-post]

Antaranya:

  • apabila keadaan kesihatan wanita itu tidak mengizinkan seperti pendarahan selepas persetubuhan, yang mungkin petanda awal kemungkinan akan berlaku keguguran janin.
  • jika suami menghidap penyakit yang boleh menjangkiti wanita itu, kecuali penyakit itu sudah sembuh,
  • keadaan uri lekat atas atau berdekatan serviks yang boleh mengakibatkan pendarahan jika uri renggang,
  • keadaan pangkal rahim yang renggang (cervical incompetence), yang boleh menyebabkan ia terbuka atau apa apa saja yang boleh memudaratkan kesihatan wanita atau anak dalam kandungan

Tambah Dr Ismail, pada peringkat awal kehamilan, mana mana posisi hubungan intim juga sesuai. Kekerapan hubungan kelamin semakin berkurangan apabila si isteri mula rasa kurang minat melakukannya.“Apabila tahap kehamilan meningkat dan perut pun besar, posisi biasa tidak lagi sesuai.

Posisi tertentu seperti posisi mengiring, posisi isteri di atas atau posisi yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua dua pasangan boleh dilakukan,” katanya.Sebagai nasihat, Dr Ismail berkata, suami perlu tahu sedikit sebanyak mengenai perkara yang tidak diingini, yang boleh berlaku ketika persetubuhan dilakukan ketika isteri sedang hamil.

“Apa pun posisi seks, suami harus pastikan isteri selesa. Jangan meletakkan tekanan atau berat badan pada perut isteri, jangan berlebihan, terlalu kasar atau lupa diri selama hubungan intim berlangsung.“Jika si isteri mengalami masalah pendarahan selepas persetubuhan atau pada bila bila masa, suami perlu akur nasihat doktor,” katanya.

Panduan posisi terbaik untuk wanita hamil

1. Posisi wanita di atas

  • Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil.
  • Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.

2. Posisi wanita menonggeng

  • Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.

3. Posisi duduk.

  • Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan.
  • Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.

4. Posisi berlutut atau berdiri.

5. Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.


Jangkitan kuman pada vagina boleh berlaku kepada mana-mana wanita dewasa.Wanita hamil juga tidak lepas dari berhadapan dengan risiko ini.Menurut American Pregnancy Association,antara 10 hingga 30 peratus wanita hamil di Amerika Syarikat berisiko untuk dijangkiti bakteria pada vagina.

Perlu diketahui,jangkitan sebegitu boleh menjadi penyebab utama keguguran dan kelahiran bayi pramatang terutamanya pada trimister kedua kehamilan.Mengapa hal sebegini boleh berlaku?Keadaan itu disebabkan oleh gangguan keseimbangan bakteria(mikroflora) yang membiak di vagina.Sunggupun demikian punca gangguan keseimbangan mikroflora pada vagina itu sendiri masih belum dikenal pasti sehingga hari ini.Antara jangkitan kuman yang sering didapati adalah Gardnerella vaginitis,Chlamydia, Gonococcus dan Treponema pallidum.

Begitu juga hormon estorogen meningkat sewaktu  seseorang wanita disahkan hamil.Dalam masa yang sama ia juga menyebabkan vagina mudah diserang bakteria.Bagaimana keadaan ini boleh terjadi?Semasa hamil,hormon estrogen yang meningkat akan menyebabkan vagina    menghasilkan lebih banyak glikogen iaitu sejenis karbon-hidrat yang menggalakkan pertumbuhan bakteria di kawasan sekitarnya.

[ads-post]

Keadaan itulah yang menyebabkan  vagina mudah terasa gatal,seakan terbakar ketika membuang air kecil,kawasan sekitar vagina berwarna kemerah-merahan,sakit ketika melakukan hubungan seks,ada cairan vagina yang tidak berbau,berwarna putih dan melekat seperti keju.

Ia juga boleh ditandai dengan keluarnya cairan yang berwarna kehijauan pada vagina dan ia juga mengeluarkan bau yang busuk.Tanda lain yang boleh dikenal pasti adalah keluarnya cairan pada vagina berwarna putih dan berbau hanyir terutamanya selepas hubungan intim dengan suami.Gejala itu juga boleh disertai dengan rasa panas seperti terbakar ketika membuang air kecil.

Risiko bayi lahir pramatang

Apabila wanita hamil dijangkiti keadaan sedemikian bayinya berisiko untuk dilahirkan secara pramatang kerana air ketuban terpecah awal.Begitu juga dengan laluan kelahiran yang terbuka terlalu awal,bayi lahir kurang berat badan dan risiko berlaku jangkitan pada rahim selepas bersalin menjadi lebih besar.

Penyakit sedemikian boleh diatasi dengan melakukan pembersihan vagina menggunakan cecair khusus(vaginal drainage).Jika masih tidak berkurangan doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai untuk wanita hamil sama ada dalam bentuk pil atau gel.Namun ,pemberian anti biotik ini tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri mengganggu perkembangan janin.

Seharusnya wanita hamil mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga berat badan agar tidak terlalu gemuk.Perlu juga memastikan kelembapan organ intim dan lakukan senaman rutin agar cecair pada vagina berjalan dengan lancar sekali gus membuatkan ia tidak tertahan lama pada vagina.Bakal ibu juga perlu minum banyak air putih dan jangan menahan diri dari membuang air kecil.

Tumpuan rawatan juga bukan semata-mata ke atas wanita hamil,malah suami turut diberikan rawatan pencerahan.Justeru,penyakit dapat diatasi dengan berkesan.Sekiranya mendapati terdapat tanda keputihan pada seluar dalam,ambil perhatian untuk menukarnya.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.