Articles by "Kesihatan Lelaki"

Showing posts with label Kesihatan Lelaki. Show all posts

Setiap pasangan berumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata.Namun tidak semua bernasib baik dianugerahkan zuriat dalam tempoh terdekat.Ada di antaranya bertahun-tahun hidup bersama tetapi hasilnya tetap kecewa.

Mungkin ada yang terlepas pandang,antaranya perihal sperma yang dihasilkan suami.Sejauh manakah ia berkualiti?Ramai suami tidak memikirkan perkara ini sebaliknya hanya sekadar mahu ejakulasi.Keadaan ini membuatkan isteri yang menginginkan cahaya mata kecewa.

Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa terdekat maka ikuti tip yang diberikan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.

Belajar untuk berhenti merokok

Lelaki dan rokok sangat sinonim biarpun kebelakangan ini wanita juga menjadi pengguna.Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti kesihatan yang baik maka berhentilah merokok.

Disamping menyebabkan nafas berbau,perokok juga mampu mempengaruhi kekurangan sperma.Berdasarkan kajian yang dijalankan menemui perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok.

Jadi tunggu apa lagi.Cubalah berhenti dari sekarang sekiranya anda benar-benar prihatin tentang zuriat dan kesihatan diri serta pasangan yang dicintai.

[ads-post]

Elak pakai seluar ketat

Mungkin ada yang tersenyum bila membaca fakta ini.Hakikatnya ia benar dan bukannya sesuatu yang lucu.Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan kurang pengaliran udara.Ini kerana testis perlu memiliki suhu yang lebih sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain.

Oleh kerana itulah maka seluar yang dipakai terlalu ketat secara tidak langsung mengganggu keselesaan testis untuk bernafas.Sekali gus ia menjadi faktor pendorong untuk mengurangkan jumlah sperma soran lelaki.

Pilih makanan yang baik dan seimbang

Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat.Begitu juga dengan pola makanan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma.Semuanya harus rendah lemak,tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran.Biar semuanya seimbang dan menyihatkan.

Rancang waktu untuk seks

Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi.Ini kerana sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh waktu yang agak dekat.

Mungkin setiap hari atau selang dua hari,siapa tahu.Oleh itu,rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan.Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.

Katakan tidak pada alkohol

Selain merokok,satu tabiat lagi yang perlu dihentikan ialah pengambilan alkohol.Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus , menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan.

Kesan estrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma.Dengan mudah,jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.

Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut:

Daging berlemak

Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan,ia mengundang masalah kesihatan pada anda.Memakan daging dengan kuantiti yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak,agresif dan fikiran tidak tenang.

Oleh itu kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan seks bersama isteri tercinta.

Makanan segera

Umum mengetahui,makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tahap kesihatan seseorang.Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan kemandulan.

Tidak subur atau mati pucuk merupakan perkataan yang digeruni oleh kebanyakan pasangan suami isteri.Ia adalah satu keadaan yang menyukarkan pasangan suami isteri menimang cahaya mata.Adalah sukar untuk mengetahui punca utama yang menyebabkan peratusan ketidaksuburan dikalangan orang ramai.

Faktor-faktor ketidaksuburan mungkin disebabkan oleh persekitaran ,genetik atau hal berkaitan tabiat hidup.Antara masalah paling ketara di kalangan suami isteri yang kurang subur adalah obesiti.

Kajian menunjukkan bahawa obesiti boleh mengurangkan sperma pada lelaki dan juga akan mengurangkan peratusan kejayaan dalam rawatan persenyawaan In-Vitro(IVF).Berat badan terlampau akan menjejaskan perembesan hormon dalam badan yang mana akan mengganggu fungsi reproduksi wanita dan lelaki.Lelaki yang mempunyai berat badan yang tinggi dilaporkan mempunyai jumlah sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan ideal.

Hakikatnya, obesiti dan kesuburan memang saling berkaitan.Dalam perkara ini,lelaki obesiti dilihat mempunyai kemampuan syahwat yang rendah.Ini kerana golongan ini sering berasa letih dan saiz perut yang besar menganggu keselesaan ketika melakukan hubungan seks.

[ads-post]

Dalam hubungan seks kemampuan seksual lelaki bersaiz besar sering menjadi persoalan.Kebiasaannya ramai mempertikaikan kesuburan wanita obes tetapi sebenarnya lelaki juga mengalami masalah yang sama.Ini kerana lelaki obes mempunyai sperma yang tidak aktif atau berkurangan.Sperma pula yang terletak di dalam kerandut di luar buah zakar sebenarnya tidak boleh berada pada suhu 35 darjah Celsius ke atas.

Kebanyakkan lelaki obes tidak menyedari ketika mereka duduk , lemak pada bahagian perut akan bersentuh dengan kerandut zakar.Kerandut akan menjadi panas hingga menyebabkan sperma menjadi kurang atau tidak aktif.

Oleh itu lelaki dinasihatkan supaya tidak memakai seluar atau pakaian ketat yang boleh memyebabkan suhu kerandut menjadi tinggi.Selain ubat subur,lelaki obes boleh menggunakan pek ais dan meletakkan dibahagian kerandut untuk menurunkan suhu.Ini boleh dilakukan ketika mereka duduk atau berehat.

Selain itu,selepas setahun berkahwin dan mereka masih belum mempunyai zuriat,dinasihatkan supaya segera berjumpa pakar sakit tuan.Melalui pemeriksaan tahap hormon dan sperma,tahap sperma boleh diukur dan rawatan berikutnya boleh dilakukan.

Selain itu,orang yang obes itu juga dinasihatkan tidak merokok, menjauhi sauna atau jangan berendam dalam air panas.Aktiviti-aktiviti ini boleh meningkat suhu kerandut tadi dan mejejaskan fungsi sperma.

Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:

  1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
  2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
  3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
  4. [ads-post]
  5. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  6. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.
  7. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.
  8. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
  9. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.
  10. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.
  11. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

KESIHATAN SEKSUAL adalah keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat. Memang tidak dapat dinafikan, perhubungan seks yang tidak memuaskan akan mempengaruhi kualiti hidup pasangan.

Masalah seks yang sering dialami oleh kaum lelaki adalah disfungsi erektil atau dikenali sebagai mati pucuk. Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan untuk mengekalkan atau mengukuhkan ketegangan zakar sewaktu perhubungan seks. Disfungsi erektil turut berkait dengan masalah lemah tenaga batin dan masalah pengeluaran air mani.

Sesetengah lelaki berpendapat bahawa pengurangan fungsi erektil adalah biasa apabila umur meningkat. Pada halnya, punca-punca lain seperti tahap kesihatan yang lemah, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor psikologi dan gaya hidup yang tidak sihat turut mengganggu fungsi erektil.

[ads-post]

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan aliran darah yang lemah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi selalunya menjadi punca bagi masalah disfungsi erektil dan masalah lemah syahwat.

Namun begitu, masalah kesihatan bukan satu-satunya punca bagi masalah ketidakupayaan seks. Sering kali, pengambilan ubat-ubatan tertentu yang menjadi punca sebenarnya.

Penumpuan pada minda dan tubuh amat diperlukan semasa aktiviti seksual. Gangguan emosi akibat daripada kemurungan, tekanan, konflik, perasaan bersalah dan rendah diri ataupun perasaan risau mengenai prestasi seksual boleh menyebabkan atau memburukkan lagi masalah disfungsi erektil.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pil "rekreasi" dan diet yang tinggi kandungan kolesterol turut mempengaruhi kualiti seks.

Dengan jelas, masalah ketidakupayaan seks boleh berpunca dari segi fizikal atau psikologikal. Oleh itu, pengenalpastian tentang punca sebenar adalah penting bagi mendapatkan penyelesaian yang efektif.

Ramuan herba merupakan penyelesaian yang asas bagi masalah ketidakupayaan seks. Sejak dahulu lagi, herba telah diguna untuk meningkatkan prestasi seksual dan tenaga batin serta mengurangkan kelesuan selepas perhubungan seks.

Kini, keberkesanan bagi sesetengah formulasi herba dalam peningkatan kesihatan seks telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.

A… HA! Tak tahu! Gangguan tiroid di kalangan jejaka kini dikaitkan dengan pelbagai gejala seksual. Itulah, lelaki liat sangat hendak berjumpa doktor bila jatuh sakit.

Dr. Emmanuele A Jannini dan kawan dari University of L’Aquila, Itali melihat prevalens masalah seksual dengan gangguan tiroid terlampau aktif atau tidak aktif di kalangan 48 pesakit lelaki dewasa, sebelum dan selepas mereka pulih.

Berdasarkan temu ramah dengan 34 lelaki dengan gangguan hipertiroidisme (tiroid aktif), 18 peratus daripada mereka mengalami keinginan seks di bawah normal, ejakulasi tertangguh (tiga peratus), ejakulasi pramatang (50 peratus) dan disfungsi erektil (15 peratus).

Bagaimanapun, setelah diberikan rawatan, kadar ejakulasi pramatang menjunam dari 50 peratus kepada 15 peratus - angka yang sama masalah itu jika dibandingkan dengan jumlah penduduk keseluruhan.

Sementara itu, disfungsi erektil dan ejakulasi tertangguh berjaya diselesaikan dengan rawatan dalam hampir kesemua pesakit berkenaan.

Pengambilan makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.

Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.

Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.

[ads-post]

Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.

Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.

Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.

Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.

Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.

Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.

Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal.

Dr.Ismail Thamby

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.