Latest Post

Kehidupan seks memang ada pasang surutnya, tidak semestinya sentiasa membara. Itu hakikat yang harus diterima apatah lagi jika sudah lama mendirikan rumahtangga. Bagi pasangan suami isteri yang sedang melalui fasa kehambaran kehidupan seksual, di sini diberikan tip yang menambah ghairah dalam hubungan seks sekaligus menjadikan hubungan intim kembali hangat membara.

Tambahkan Usaha

Jangan sangka bahawa hubungan intim adalah acara senang dan mudah. Lirik saja mata kepada suami dan semuanya boleh berjalan lancar. Sebenarnya, sekiranya anda menambah usaha dan memperbaiki hubungan seks yang ada, permainan cinta pastinya akan terasa lebih hebat. Inilah dikatakan modal tambahan.

Belilah pakaian yang seksi, wangian yang harum semerbak, bilik yang romantik pastinya hubungan seks akan lebih membara. Untuk lebih panas lagi, cari suasana yang lain seperti menempah bilik hotel lima bintang.

Tidak Perlu Kerap

Perlu diketahui bahawa kemesraan hubungan bukan ditandai dengan kekerapan hubungan seks tapi faktor-faktor lain juga. Antaranya seperti bagaimana kita menghadapi hari-hari dan juga bagaimana kita menyelesaikan masalah bersama dengan pasangan.

Perlu diingat juga bahawa ‘mood’ untuk hubungan intim turut ditentukan oleh suasana dan keadaan fizikal kita. Jika tenaga kita dan si dia sudah habis kerana bekerja, usah memaksa diri untuk melakukan hubungan seks. Jika acara seks dianggap sebagai kewajipan semata-mata, keghairahannya pasti berkurangan.

Jangan Malu Dengan Bentuk Tubuh

Pasti ramai yang terfikir mahu melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan buah dada, mengecilkan paha dan segala bahagian tubuh yang tidak memuaskan hati kerana berasa inilah faktor seks bersama pasangan hambar. Fikir dulu. Tidak semua lelaki menyukai barang-barang palsu ini. Bentuk tubuh asallah yan membuatkan hubungan seks bersama pasangan lebih hangat lagi. Tidak perlu malu dengan bahagian tubuh yang tidak sempurna, lelaki selalunya tidak menjadikan ia sebagai perkara yang utama. Asal dapat melakukan hubungan intim dengan isterinya, itu yang paling penting. Jadi, pedulikan kata-kata sindirin dari rakan tentang tubuh anda asalkan anda sihat.

Jangan Fikirkan Kekurangan

Bukan hanya isteri yang sering berasa kurang yakin dengan bahagian tubuh yang kurang sempurna, si suami juga sebenarnya turut berperasaan sedemikian. Pernah atau tidak pasangan anda memprotes tindakan anda menyalakan lampu tatkala mahu melakukan hubungan seks. Jika ya, itu tanda dia kurang yakin dengan keadaan tubuhnya.

Sebagai isteri, janganlah memikirkan kekurangan yang ada pada tubuh suami. Nikmatilah apa yang ada.

Seks Ubat Penenang

Pening memikirkan kerja yang tidak pernah selesai sehingga diri anda sendiri stress? Tidak perlu mendapatkan ubat penenang untuk mengatasi masalah ini. Cuma lakukan seks bersama suami tersayang.

Ketika melakukan hubungan seks, tubuh kita akan menghasilkan hormon ke otak yang dapat mengurangkan ketegangan dan memberi kesan ketenangan. Dijamin keesokan harinya, anda dan pasangan anda akan sama-sama berasa segar menghadapi kesibukan.

[ads-post]

Tanyakan Pada Pakar

Banyak perkara yang belum tentu benar kita dengar berkenaan dengan seks. Daripada orgasme berulang kali hingga penurunan ghairah akibat menopaus. Walaupun kebenarannya tidak diketahui, tapi ada di antara kita yang mempercayainya bulat-bulat.

Perlu diketahui bahawa tidak semua perkara ini adalah benar. Jadi, sebaiknya jika anda ada keraguan, tanyakan saja pada mereka yang pakar tentang hal ini. Malu? Jangan begitu kerana anda juga yang akan rugi.

Makin Berisi Makin Ghairah

Jangan menyesal dengan tubuh yang semakin berisi. Memang sukar untuk kembali langsing tapi fikirkan pula dari sudut yang positifnya. Tubuh yang berisi itu sebenarnya akan membuatkan anda kelihatan lebih seksi.

Lelaki akan lebih suka melihat isteri yang berisi memakai pakaian dalam yang seksi daripada wanita yang kurus kering. Tapi jangan pula berisi yang berlebihan sehingga lemak lebih menonjol dan anda sendiri jadi kurang sihat.

Biasanya pasangan muda suami isteri lebih selesa melakukan hubungan intim pada sebelah malam , terutama di hari kerja. Padahal satu kajian mengatakan, seks di waktu pagi akan menimbulkan sensasi kenikmatan yang berbeza!

Lebih bersemangat

Lelaki biasanya ‘terbangun’ setelah tidur, ini bererti anda berdua boleh melakukan hubungan intim tanpa perlu melakukan pemanasan terlalu lama. Secara psikologi, anda juga semakin percaya diri dan bersemangat ketika mengetahui bahawa pasangan juga bersedia menerima ‘aksi’ anda bila -bila masa.

Lebih rileks

Bangun tidur adalah keadaan yang paling rileks bagi setiap orang, situasi ini sangat menguntungkan bagi pasangan suami isteri kerana akan lebih mudah mencapai orgasme. Selain itu, anda berdua belum sempat memikirkan hal-hal lain seperti pekerjaan ataupun masalah lainnya, sehingga hubungan seks pun lebih lancar.

[ads-post]

Lebih berkualiti

Hubungan seks di waktu pagi, meskipun dengan waktu terbatas, dijamin hasilnya lebih berkualiti. Ini adalah kerana tubuh anda dan pasangan berada dalam keadaan yang paling fit sehingga kepuasan yang diperolehi pun semakin maksima.

Menjadi perangsang yang menyenangkan

Anda boleh menganggap ’serangan fajar’ ini sebagai perangsang. Semacam menu pembuka, untuk menantikan hidangan yang seterusnya di malam hari. Aksi di waktu pagi itu menjadi semacam perangsang membangkitkan ghairah seks anda.

Seks pagi juga dapat menjadi pendorong agar anda lebih bersemangat menjalani aktiviti dan rutin sepanjang hari itu.

PASANGAN PASIF

Si pasangan ketika berhubungan intim, si isteri atau suami hanya terbaring pasrah tanpa inisiatif. Sebaliknya pasangan haruslah bergerak, dan menunjukkan minat untuk bercinta dengan pasangan.

TIADA CIUMAN

Wanita atau lelaki suka pada ciuman, jadi janganlah biarkan seks berlangsung tanpa ciuman. Pasangan akan berasa lengkap dengan tindakan ini. Ciuman di bahagian sensitif membuatkan isteri atau suami akan teringat yang istemewa.

TIDAK SENSITIF

Jangan hanya suami atau isteri bersikap sensitif terhadap kemahuan anda. Sebagai suami atau isteri jangan ego dalam hubungan seks dan mahu menang sendiri.

MELUPAKAN PASANGAN

Jarang pasangan suami isteri bertanyakan apa kemahuan pasangan. Suami atau isteri asyik mengharap kesenangan dari sesama. Hentikan sikap begini. Tanya pada pasangan apa yang ingin dilakukan. Biarkan pasangan tahu keprihatinan.

[ads-post]

JANGAN MEMBINGUNGKAN

Segelintir isteri tidak menunjukkan emosi semasa berhubungan seks sehingga suami tidak mengetahui samada si isteri suka atau tidak. Jangan malu untuk memuji pasangan semasa acara bercinta berlangsung..

HANYA SEORANG YANG MENGAWAL

Suami atau isteri akan bosan bila hanya dia setiap kali yang mengemudikan seks. Peranan keduanya adalah penting agar tidak membosankan. Carilah cara yang berlainan.

MEMBIARKAN SEKS MEMBOSANKAN

Membiarkan seks membosankan adalah satu perkara yang salah. Si suami harus pandai dan pantas memberi kelainan kepada isteri dan sentiasa memberikan kejutan. Isteri suka digoda oleh suami.

TIADA INISIATIF

Suami/isteri tidak suka pasangan yang kurang inisiatif dan hanya pasrah menunggu signal dari suami atau isteri untuk bercinta. Sekali sekala suami atau isteri harus menjadi hero atau heroin dengan mengajak suami/isteri bersama. Keduanya sukar membaca fikiran. Oleh yang demikian ajaklah suam/isteri bersama! Hasil tetap ada..

Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.

  1. Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.
  2. Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.
  3. Tergesa-gesa - Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.
[ads-post]

SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.

  1. Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.
  2. Singkirkan rasa sakit - Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.
  3. Beri dorongan pada suami - Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.
  4. Jangan pura-pura klimaks - Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.

BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Banyak pasangan suami isteri yang sering mengeluh kerana hubungan seksual dengan pasangan masing-masing mulai tawar dan hambar. Mereka tidak lagi menikmati harmonis.

Keluhan seperti ‘saya tidak puas’ atau ‘suami semakin dingin’ kerap terpacul daripada mulut wanita apabila menghadapi situasi ini. Perhubungan seksual sekadar memenuhi kewajipan.

Kebanyakan pasangan yang menghadapi keadaan itu mampu melakukan hubungan seks seperti biasa dan tidak mengalami gangguan fungsi seksual. Tetapi, perhubungan itu tidak lagi seperti yang mereka harapkan.

Cuba ikuti panduan ini, mudah-mudahan ia dapat menjalin dan mengekal keharmonian rumah tangga anda:

[ads-post]
  1. Bina komunikasi yang baik dengan pasangan anda. Perbincangan mengenai seks perlu dilakukan secara terbuka bagi mengelak perasaan malu atau tidak selesa apabila menghadapi masalah sedemikian.
  2. Buat persediaan rapi sebelum melangkah ke kamar tidur untuk menjalin hubungan seksual. Lakukan perbuatan intim secara psikologi dan fizikal seperti menyentuh atau mengusap tangan secara lembut atau memuji kecantikan pasangan anda.
  3. Gambarkan bahawa diri anda mempunyai tarikan seks kepada pasangan. Ini sama ada potongan badan atau bahagian yang mungkin mampu menarik minat pasangan untuk membangkitkan keghairahan.
  4. Walaupun sesibuk mana anda, cuba khususkan waktu untuk berdua-duaan seperti keluar makan bersama tanpa anak-anak atau mandi bersama. Kesibukan tugas dan menganggap hubungan seksual kegiatan terakhir akan menyebabkan hubungan menjadi tidak harmonis.
  5. Usah terlalu kerap melakukan hubungan seksual kerana ia boleh menyebabkan perasaan jemu.

Untuk mewujudkan variasi dalam perhubungan, ada beberapa perkara dapat dilakukan.

  1. Anda dan pasangan perlu memainkan peranan yang aktif.
  2. Lakukan hubungan seks dalam kedudukan yang berbeza selepas kedua-dua bersetuju.
  3. Lakukan hubungan seks pada waktu malam dan tempat yang berbeza untuk mengelak perasaan jemu.
  4. Jangan membawa perasaan marah ke kamar tidur kerana ia halangan dalam hubungan seksual.

Kehidupan moden yang serba pantas secara tidak sedar menyebabkan kita terjebak kepada pemikiran bahawa semua aspek hidup harus dijalani dengan terburu-buru. Ini termasuk proses memadu asmara yang akan ke muara hubungan intim atau hubungan seks.

Mengikut pakar, hubungan intim yang berlangsung lama adalah lebih baik kerana biasanya dilakukan dengan lebih intens. Kita sering dengar istilah "loveplay" atau "foreplay" iaitu satu proses pemanasan asmara. Jika kita mengikuti petua para kaunselor atau melalui pembacaan literatur sudah tentunya kita dinasihati agar seeloknya melakukan aktiviti pemanasan asmara terlebih dahulu sebelum melaksanakan hubungan seks.

[ads-post]

Berbeza dengan lelaki yang mudah terangsang dengan wanita, pemanasan asmara penting buat wanita. Wanita tidak boleh melakukan hubungan intim secara tergesa-gesa. Tanpa rangsangan yang memadai, biasanya dari segi masa, sentuhan dan komunikasi, besar kemungkinan dia tidak dapat menikmatinya. Sebaliknya, ia sekadar memenuhi keinginan terburu-buru sang lelaki.

Hubungan intim diantara suami isteri bukan saja bererti penetrasi tetapi ia merupakan satu proses yang adanya permulaan yang romantis dan diakhiri dengan satu paduan emosi dan fizikal. Bagi pasangan yang ingin berjaya dalam hubungan intim dan menjadi pasangan yang penuh perihatin, rangsangan yang mencukupi amat penting.

Mungkin akan muncul pertanyaan apa untungnya "foreplay" buat lelaki kalau mereka dilihat sebagai selalu dalam keadaan bersedia? Pemanasan itu penting agar setiap pasangan menjadi cukup terangsang dan bersedia melakukan hubungan intim. Dan hubungan seks yang dicapai berakhir dengan memuaskan bagi kedua pihak.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.