Latest Post

Hidup pada zaman yang serba mencabar dan cepat ini,menuntut manusia supaya lebih komited dengan kerja-kerja yang dilakukan sama ada di pejabat mahupun di rumah.Oleh itu tekanan perasaan sering berlaku dan sekiranya dibiarkan berlanjutan nescaya boleh mengakibatkan kesan negatif pada kehidupan seharian termasuklah aktiviti seksual.Lihat sajalah pasangan berkahwin yang terlalu sibuk dengan kerja.

Apabila masing-masing dilanda tekanan kerja,sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi mood untuk berasmara.Seharusnya perkara begini tidak berlaku.Mungkin sekali dua tidak mengapa,tetapi jika berpanjangan pasti ada luahan kecewa daripada pasangan.Terbaiknya uruslah masa dengan betul dan bijaksana agar rumah tangga sentiasa bahagia dan bermakna.

Lebihkan waktu untuk pasangan

[ads-post]

Luangkan lebih banyak masa dengan pasangan berbanding kerja(sekiranya ingin menimang cahaya mata).Jika anda di kategori sebagai pekerja yang kerap menjadi penghuni terakhir pejabat,maka berubahlah.Fikirkan betapa pasangan sentiasa menantikan kepulangan anda.Paling tidak anda masih punya masa untuk berehat dan membersihkan diri sebelum melangsungkan aktiviti malam hari.

Pentingnya kualiti bukan kuantiti

Petua lama bukanlah paksaan untuk diamalkan.Jika rasa tidak berkemampuan maka berhentilah.Jangan sampai membebankan kesihatan tatkala menjamah telur ayam bercampur madu semata-mata untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kekuatan apabila bersama.Masih ada alternatif yang revelan dan mudah dipraktikan seperti senaman secara konsisten,kawalam makanan dan macam-macam lagi.Cara itu,anda juga berjaya memperoleh stamina dan keyakinan untuk memulakan aksi ranjang bersama pasangan.Ingat yang penting kualiti bukan kuantiti.

Ubati kemurangan dengan seks

Sering tertekan dan murung menyelesaikan tugas-tugas di pejabat?Usah risau kerana penawarnya cukup mudah.Segera dapatkan pasangan dan lakukan hubungan kelamin ketika malam menjelang tiba.

Mengapa?Kerana seks sesuatu yang menenangkan.Tambahan pula ketika orgasma,hormon oxytocin dirembes keluar.Hormon inilah yang mencetuskan ketenangan sekaligus memberi kesan relaks pada tubuh dan pemikiran.

Perut kenyang tenaga kurang

Lapar pada waktu malam?Boleh makan tetapi jangan terlalu lewat kerana perut yang kenyang mengakibatkan badan menjadi letih dan mengantuk.Bahkan tenaga pun sudah berkurangan sekaligus melenyapkan keinginan untuk berasmara pada malam berkenaan.

Buat temu janji sebelum beraksi

Bukan dengan orang luar sahaja perlu buat temu janji,tetapi pasangan suami isteri juga perlu praktikkannya.Sebaik-baiknya beritahu pasangan pukul berapa akan masuk ke  dalam bilik dan meneruskan aktiviti mengikuti perancangan.

Cara ini dikatakan berkesan kerana masing-masing sudah bersedia dan melupakan segala kerja-kerja harian.Tiada lagi pangilan telefon atau komputer riba,sebaliknya rangkulan serta ciuman hangat jadi peneman pada kala cinta sedang membara

Sebut sahaja hubungan intim, di fikiran sudah membayangkan sebuah kamar tidur yang dibayangi sinaran rembulan.Cukup romantis dan mempesonakan.Kerana itu tidak hairanlah kebanyakkan pasangan gemar memilih waktu tersebut untuk berasmara.

Hakikatnya,seks tidak diwajib dilakukan sebaik melabuhkan tirainya bahkan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pagi,tengah hari ataupun petang.Bagaimanpun,terdapat kajian menunjukkan seks dilakukan pada waktu-waktu berbeza mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Tengah hari - panas dan terang

Tengah hari sering dijadikan waktu berehat setelah penat melakukan kerja dari pagi.Sama ada dipejabat mahupun di rumah,waktu berkenaan selesa dipilih bagi melepaskan lelah seketika.

Bagaimanapun,untuk berasmara pada waktu tersebut mungkin tidak selesa kerana cuaca yang panas dan keadaan yang terang sekali gus membuatkan mood romantik yang diinginkan terbantut.

Apalagi untuk menghidupkan rangsangan seksual,sudah tentu mustahil.Ditambah pula setelah selesai ejakulasi,pasangan tentunya berasa lebih penat dan akhirnya tertidur.Secara tidak langsung,ia benar-benar mengganggu dan menjejaskan produktiviti kerja.

Malam-lebih sensasi romantik [ads-post]

Sejuk,selesa,tenang dan romantis.Mungkin itulah gambaran yang sesuai diberikan saat melakukan hubungan diwaktu malam.Satu bonus sekiranya kediaman anda terletak jauh dari kesibukkan kota sambil di keliling bukit bakau yang menghijau.

Berduaan dalam kamar peraduan pasti membibitkan rangsangan seksual biarpun dengan sentuhan yang tidak disengajakan.Mungkin kerana ini rata-rata pasangan gemar memilih waktu malam sebagai saksi cinta mereka.

Lazimnya,setelah penat beradu kekuatan hormon adrnalin yang dikeluarkan membuatkan suami isteri keletihan dan mengantuk.Sekiranya terlena di ketika ini,tentunya mimpi yang dialami lebih indah dan meyeronokkkan disebabkan waktu yang dipilih amat sesuai untuk beristirahat.

Pagi-segar dan tenaga

Nyenyak beradu semalaman,tubuh pastinya lebih segar dan bertenaga saat bangun pada waktu pagi.Tentunya keadaan sebegini mendorong anda melakukan hubungan intim bersama pasangan dalam suasana yang sejuk dan sunyi.

Kebiasaannya,lelaki masih menyimpan sisa eraksi yang berlaku secara spontan ketika tidur malam tadi.Dari situlah ia merangsang sekaligus membangkitkan keghairahan untuk melakukan hubungan seksual.

Bagaimanapun,kesibukan bersiap ke pejabat sedikit sebanyak menggangu kelancaran aktiviti tersebut.Mungkin,jika berlangsung sekalipun ia sedikit sebanyak mencetuskan rasa kurang selesa dan tergesa-gesa.

Setiap pasangan berumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata.Namun tidak semua bernasib baik dianugerahkan zuriat dalam tempoh terdekat.Ada di antaranya bertahun-tahun hidup bersama tetapi hasilnya tetap kecewa.

Mungkin ada yang terlepas pandang,antaranya perihal sperma yang dihasilkan suami.Sejauh manakah ia berkualiti?Ramai suami tidak memikirkan perkara ini sebaliknya hanya sekadar mahu ejakulasi.Keadaan ini membuatkan isteri yang menginginkan cahaya mata kecewa.

Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa terdekat maka ikuti tip yang diberikan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.

Belajar untuk berhenti merokok

Lelaki dan rokok sangat sinonim biarpun kebelakangan ini wanita juga menjadi pengguna.Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti kesihatan yang baik maka berhentilah merokok.

Disamping menyebabkan nafas berbau,perokok juga mampu mempengaruhi kekurangan sperma.Berdasarkan kajian yang dijalankan menemui perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok.

Jadi tunggu apa lagi.Cubalah berhenti dari sekarang sekiranya anda benar-benar prihatin tentang zuriat dan kesihatan diri serta pasangan yang dicintai.

[ads-post]

Elak pakai seluar ketat

Mungkin ada yang tersenyum bila membaca fakta ini.Hakikatnya ia benar dan bukannya sesuatu yang lucu.Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan kurang pengaliran udara.Ini kerana testis perlu memiliki suhu yang lebih sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain.

Oleh kerana itulah maka seluar yang dipakai terlalu ketat secara tidak langsung mengganggu keselesaan testis untuk bernafas.Sekali gus ia menjadi faktor pendorong untuk mengurangkan jumlah sperma soran lelaki.

Pilih makanan yang baik dan seimbang

Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat.Begitu juga dengan pola makanan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma.Semuanya harus rendah lemak,tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran.Biar semuanya seimbang dan menyihatkan.

Rancang waktu untuk seks

Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi.Ini kerana sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh waktu yang agak dekat.

Mungkin setiap hari atau selang dua hari,siapa tahu.Oleh itu,rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan.Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.

Katakan tidak pada alkohol

Selain merokok,satu tabiat lagi yang perlu dihentikan ialah pengambilan alkohol.Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus , menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan.

Kesan estrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma.Dengan mudah,jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.

Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut:

Daging berlemak

Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan,ia mengundang masalah kesihatan pada anda.Memakan daging dengan kuantiti yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak,agresif dan fikiran tidak tenang.

Oleh itu kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan seks bersama isteri tercinta.

Makanan segera

Umum mengetahui,makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tahap kesihatan seseorang.Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan kemandulan.

Adalah kisah seorang setiauasa sangat cantik ditugaskan oleh bosnya untuk menemani seorang raja minyak dari Arab yang menjadi klien penting bagi perusahaannya.

Tertarik oleh kecantikannya, si raja tiba-tiba meminta untuk menikahinya.Tentu saja setiauasa itu terkejut namun dia teringat arahan bosnya untuk tidak mengecewakan kliennya itu dalam bentuk apapun.

Kerana itu, dia memikirkan cara untuk menolak ajakannya dengan halus."Baiklah, aku akan menikah denganmu dengan 3 syarat. Pertama, aku mahukan cincin kawin berlian 75 karat bertahtakan intan bermahkota tiga 200karat."

Si raja terpaku sejenak dan kemudian mengangguk, "Ok, ok ana felikan, ana felikan"

Menyadari keadaan ini, si wanita kembali memikirkan syarat yang lebih susah."OK, kedua, aku mahu kamu buatkan istana di New York berbilik 100 dan sebagai rumah peristirahatan, aku mahu vila di tengah kota Paris dengan 200orang pelayan, 10 Ferarri dan 5 pesawat jet peribadi."

Sang raja minyak kembali terpaku, mengambil hand-phonenya dan menelefon sana sini. "Ok, ok, ana fuatkan, ana fuatkan"

"Susah macam ni !", fikir si setiauasa. Dengan peluh sebesar kacang kedelai,dia kembali memikirkan syarat terakhir. Akhirnya, dia merasa mendapatkan syarat yang mustahil boleh dikabulkan oleh si raja ini.

Sambil mengedipkan mata, ia berkata, "Oh, baiklah. Ini yang terakhir. Aku suka sangat dengan seks dan kerana itu aku mahu lelaki yg menjadi suamiku mempunyai zakar sepanjang 30 cm."

Si raja minyak nampak terkejut dan kecewa sekali dengan syarat terakhir ini. dia menutup wajahnya dengan kedua tangan sambil seloroh.

Akhirnya, sambil mengusap air mata dan menatap wanita itu dengan sedih, dia berkata,

"Ok, ok, ana fotong… ana fotong deh..

Apa yang dimaksudkan disini ialah sekalipun kasih sayang yang diberikan melimpah ruah tetapi jika tidak disusuli dengan aktiviti seksual suami isteri maka tidak mustahillah hubungan yang dibna mulai hambar dan akhirnya membosankan.Kami akan memberikan beberapakan panduan berguna agar hubungan seks yang berlansung lebih bermakna.

Faham kepentingan seks dalam rumah tangga

Jangan ingat seks sesuatu yang enteng dalam rumah tangga.Hakikatnya ia mempunyai tujuan yang tersendiri iaitu memberi keturunan sekali gus menyalurkan kehendak biologi setiap pasangan yang telah memdirikan rumah tangga.

Sekiranya pasangan memahami objektif yang telah dinyatakan di atas maka secara tidak lansung mereka akan menyedari betapa pentingnya hubungan seks dalam sesebuah perkahwinan.Oleh itu,sekiranya timbul masalah maka segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

[ads-post]

Peranan 'pemanasan' dan 'penutup'

Bagi mencapai kepuasan yang diiginkan hubungan seks memerlukan sedikit 'pemanasan' dan 'penutup'.Pemanasan yang baik seakan membuka langkah yang lebih mudah untuk meneruskan asmara.Secara tidak langsung ia mewujudkan satu suasana yang intim dan romatic antara keduanya.

Selesai beraksi masih ada tugas yang perlu diselesaikan iaitu upacara penutup.Mudah dilakukan,hanya berikan sedikit sentuhan,ciuman dan rayuan penuh makna kepada pasangan sebagai tanda menghargai saat-saat manis yang dilalui bersama.

Berasmaralah sesuai dengan usia

Jangan sekali-sekali menharap sesuatu yang di luar kemampuan sendiri.Contohnya saat diri makin berusia maka pasti aktiviti seks sedikit lebih terjejas berbanding pasangan yang masih muda dan bertenaga.

Lantaran itu usah kecewa dengan apa yang berlaku.Seharusnya nikmati saat-saat bermakna anda bersama pasangan seadanya.Dalam masa yang sama usahakan untuk mempelajari teknik-teknik bercinta dan berasmara yang sesuai dengan usia anda dan pasangan.Tentu lebih menyeronokkan.

Komunikasi seks yang berkesan

Suami atau isteri perlu terbuka untuk membicarakan perihal seks.Inilah yang disebutkan sebagai komunikasi seks yang berjaya apabila keduanya menemui kesepakatan untuk melakukan aksi-aksi yang digemari.Dalam masa yang sama keduanya juga perlu bijak mencari jalan penyelesaian sekiranya ada masalah seksual yang timbul.

Jalinan kerjasama yang intensif

Hidup berumah tangga perlu ada kesepakatan dan sikap saling bekerjasama.Bukan setakat menyelesaikan kerja-kerja rumah malah 'aktiviti' di bilik tidur juga perlu ada kerjasama.Sebagai contoh,sekiranya nafsu syahwat suami sudah memuncak tetapi isteri masih terawang-awang maka suaminya sebenarnya bertanggunjawab untuk membuatkan isteri merasai sebagaimana yang dirasai ketika itu.

Elakkan bersikap ego atau terlalu memikirkan diri sendiri.Secara tidak langsung,cara ini memberi latihan kepada pasangan untuk mengetahui titik sensual masing-masing selain mempraktikkan teknik-teknik baru yang mungkin membantu untuk menambah kenikmatan ketika bersama.

Antara sedar atau tidak ,wanita khususnya isteri menginginkan sebuah kehidupan seksual yang diatur dengan teliti seterusnya berlangsung seperti yang diharapkan.Untuk itu,ketahui perjalanan seksual yang dinginkan seorang wanita sebelum hubungan intim dilakukan agar tidak timbul istilah paksaaan atau lebih serius dakwaan 'dirogol' oleh suami sendiri.

Pentingkan kesihatan dan rehat

Wanita mengharapkan tahap kesihatan yang baik meliputi stamina, rehat dan sebagainya sebelum hubungan asmara dilakukan.Sekiranya perkara-perkara tersebut menepati  'piawaian' yang ditetapkan,secara automatik suami mudah mendapat lampu hijau untuk meneruskan aksi yang diinginkan.

Inginkan reaksi emosional pasangan

Sebenarnya wanita juga menginginkan tindak balas dari pasangan selama hubungan intim dijalankan. Reaksi emosional serta ucapan yang dilafazkan pasangan ketika berasmara berupaya menghangatkan lagi keinginan dan kenikmatan sewaktu bersama.

[ads-post]

Ambil kira tarikan fizikal

Bukan sahaja lelaki malah wanita juga menitikberatkan tarikan fizikal yang dimiliki pasangan. Mungkin paras rupa tidak seberapa tetapi bentuk tubuh yang sasa ataupun lengan yang tegap secara tidak langsung membuatkan hati tertawan dan bersemangat untuk bersama.Sungguhpun begitu, lain wanita lain cita rasanya jadi berbincanglah dengan pasangan bentuk fizikal yang manakah menjadi kesukaan.

Tindak balas seksual mengukur kepuasan

Ketika melakukan hubungan intim, wanita tertarik kepada respons seksual yang diberikan pasangan seperti orgasma mahupun tindak balas erotis. Wanita juga tetap menghendakinya kerana ingin mengetahui sejauh mana pasangan menikmati ataupun puas dengan layanan yang diberikan.

*Sebelum bersama,isteri digalakkan mengambil madu lebih untuk tenaga dan kesihatan dalaman selain susu dan buah badam sebagai sajian ringan disamping sup ayam serta makanan berempah.

Sensitiviti pasangan

Sesetengah wanita tergolong sebagai individu yang sukar berterus terang.Lazimnya, ,mereka gemar memberikan 'bayangan' terhadap perkara yang diinginkan seterusnya menanti reaksi pasangan.

Dalam berasmara,wanita mengharapkan pasangan berjaya memenuhi keinginan seksual lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun hidup bersama. Dari situlah wanita menilai sama ada pasangan sensitif terhadap keperluan seksualnya.

Tahap kesihatan pasangan

Hal sebegini perlu dititikberatkan sebelum meneruskan hubungan asmara.Lazimnya wanita berasa lebih puas dan bersemangat apabila pasangannya berkeadaan sihat. Situasi boleh berubah sekiranya pasangan sakit-sakit biarpun sekadar pening kepala. Ia tentunya membuatkan 'mood' untuk bersama terjejas.

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.